Selasa, 16 Mei 2017

Apa itu Faraid

Faraid bermaksud pembahagiaan harta pusaka kepada waris mengikut hukum syarak setelah berlaku kematian seseorang individu. Harta yg dibahagikan kepada waris-waris ialah harta yg tinggal setelah ditolak hutang-hutang pewaris. Hutang-hutang tersebut termasuklah hutang nazar, zakat dan segala hutang kepada manusia.

"Rasullullah bersabda: Pelajarilah Ilmu faraid dan ajarlah kepada manusia kerana ia separuh daripada ilmu dan akan dilupakan. Dan ia adalah ilmu pertama yg akan dicabut dari umatku- Hadir riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah"

Harta yg boleh difaraidkan ialah: Rumah/ bangunan, tanah, emas dan wang tunai serta binatang ternakan.

Terdapat 15 waris daripada keluarga sebelah lelaki:
1. Anak lelaki
2. Cucu lelaki dari anak lelaki
3. Bapa
4. Datuk
5. Saudara lelaki seibu sebapa
6. Saudara lelaki sebapa
7. Saudara lelaki seibu
8. Anak saudara lelaki seibu sebapa
9. Anak saudara lelaki sebapa atau seibu
10. Bapa saudara seibu sebapa
11. Bapa saudara sebapa
12. Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa
13. Sepupu dari bapa saudara sebapa
14. Suami
15. Hamba sahaya

Jika waris diatas wujud, hanya tiga sahaja yg layak iaitu
1. Bapa
2. Anak lelaki
3. Suami

"Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka) anak-anakmu. Iaitu, bahagian seorang anak laki-laki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang  sahaja, maka dia memperolehi separuh harta. Dan  untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam daripada harta yang ditinggalkan jika orang yang  meninggal  itu mempunyai anak dan dia diwarisi oleh ibu bapanya sahaja, maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai  beberapa orang saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut di atas sudah dipenuhi wasiat yang dibuatnya atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak  mengetahui siapa antara mereka yang lebih dekat (banyak) manafaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
- Surah An-Nisa :11.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Favorite

Panjang seluar ary- 36 110/ 70 17 - tayar motor favorite Ary